Oct 9, 2007

Frequently Asking Question

Soalan: Bagaimanakah saya hendak menyertai CNI?

Jawapan: Anda perlu mendapatkan "Borang Keahlian" atau mendaftar secara "online" untuk menyertai CNI. Sila rujuk kepada usahawan yang memperkenalkan CNI kepada anda untuk memudahkan proses pendaftaran.

Soalan: Berapakah yuran pendaftaran dan apakah faedah yang akan saya perolehi?

Jawapan: Yuran pendaftaran secara manual adalah RM70 sahaja. Faedah yang anda perolehi ialah percuma PRODUK ROYAL JELLY yang berharga RM79.30, BUSINESS KITS yang berharga RM50 dan LANGGANAN MAJALAH selama 1 TAHUN yang berharga RM30. Bagi yuran pendaftaran secara online pula adalah RM30 sahaja. Faedah yang anda perolehi ialah anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat syarikat, pelan pemasaran dan senarai harga produk secara percuma melalui online.

Soalan: Selain daripada mendapat produk Royal Jelly, Business Kits dan Langganan Malajah secara percuma, apakah faedah lain yang saya perolehi?

Jawapan: Anda layak mendapat keuntungan runcit sebanyak 20% - 30% dan Tabung Pendidikan Anak-Anak Pengedar.

Soalan: Adakah kerjaya ini berkekalan?

Jawapan: Kerjaya / perniagaan ini berkekalan selagi ada "PENGGUNA". Kerjaya ini juga dapat diwarisi ke anak cucu cicit.

Soalan: Apabila telah mendaftar sebagai ahli, apakah yang patut saya lakukan?

Jawapan: Anda mula menukarkan jenama kegunaan harian anda kepada jenama CNI seperti ubat gigi, sabun basuh, berus gigi, syampoo dan dan lain-lain kegunaan harian. Ini penting agar pengalaman menggunakan barang-barang yang terdapat di CNI senang diperkongsikan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan

Soalan: Adakah "point" (mata) yang terkumpul daripada setiap pembelian akan lupus bagi sesuatu tempoh?

Jawapan: Setiap "point" (mata) yang terkumpul daripada setiap pembelian tidak akan lupus sampai bila-bila.

Soalan: Apakah kelebihan "point" (mata) bagi setiap pembelian yang saya perolehi?

Jawapan: Dengan setiap "point" (mata) yang terkumpul akan membantu anda memperolehi "BONUS" dan sekaligus untuk kenaikan "PANGKAT". (rujuk kepada kaitan (link) Rancangan Perniagaan di laman utama laman web ini)

Soalan: Adakah saya perlu memperbaharui keahlian saya setiap tahun?

Jawapan: Anda hanya perlu membayar yuran keahlian sekali sahaja untuk seumur hidup.

Soalan: Untuk berjaya di dalam kerjaya / perniagaan ini, apakah yang perlu saya lakukan?

Jawapan: CNI telah menyediakan Sistem Pendidikan yang dikenali sebagai B.E.S (Business System Education) bagi semua usahawan yang menyertai CNI. Pendidikan yang diterapkan adalah seperti SNP (Success Network Programmes), AMS (Agency Manager Seminar), GDS (Goal Dynamic Seminar) dan B.O.S (Business Opportunity Seminar). Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang telah disediakan.

Soalan: Adakah saya perlu mengekalkan (maintain) pembelian tiap-tiap bulan dan adakah saya akan mendapat apa-apa faedah?

Jawapan: Sekiranya anda tidak mengekalkan (maintain) pembelian di CNI, sudah pasti anda akan mengekalkan (maintain) pembelian di kedai runcit / supermarket. Faedahnya apabila kita layak mendapat bonus dan mengekalkan (maintain) pembelian di CNI, setiap bulan kita akan mendapat bonus dan bonus ini kita akan dapat selagi kita berbelanja "SHOPING" di CNI. Sebaliknya sekiranya anda mengekalkan (maintain) berbelanja di kedai runcit / supermarket, anda tidak akan mendapat apa-apa keuntungan untuk seumur hidup anda.

Soalan: Produk berjenama CNI agak mahal kalau dibandingkan dengan produk luaran? Adakah ini betul?

Jawapan: Produk CNI bukan sahaja bermutu dan berkualiti tinggi malah mempunyai pasaran di luar negara. Harganya amatlah berpatutan dan mampu dibeli oleh setiap lapisan masyarakat. Produk yang bermutu dan berkualiti bukan sahaja baik untuk kesihatan malah produk CNI mampu memberi anda ganjaran yang lumayan sampai bila-bila

Soalan: Saya tidak ada masa untuk menjalankan kerjaya / perniagaan ini oleh kerana faktor-faktor kerja. Apakah saya boleh berjaya?

Jawapan: Dengan adanya teknologi yang canggih pada abad ini, CNI telah menyediakan laman webnya sendiri di mana usahawan-usahawan CNI boleh berbelanja "SHOPING" melalui online dan juga melakukan proses menaja @ sponsoring tak kira di mana jua anda berada dan pada bila-bila masa.

Soalan: Saya tidak tahu bagaimana hendak berkongsi kebaikan dengan ahli keluarga @ rakan-rakan mengenai produk CNI. Bagaimanakah caranya?

Jawapan: Anda perlulah menjadi "PENGGUNA 100%". Pengalaman menggunakan produk-produk CNI akan memudahkan anda berkongsi kebaikan dan keuntungan dengan ahli keluarga dan juga rakan-rakan.

Soalan: Adakah kerjaya / perniagaan ini telah terbukti kejayaannya?

Jawapan: Selama 18 tahun CNI telah ditubuhkan dan telah melahirkan seramai 51 orang jutawan. 5 daripadanya adalah daripada Sarawak. Ramai yang telah mendapat Insentif Kereta Percuma dan Insentif Pelancongan Percuma dari CNI. Ini menunjukkan bahawa kerjaya / perniagaan ini amat praktikal di mana anda juga berpeluang untuk menikmati faedah-faedah yang ada di CNI selagi anda mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjaya.

Soalan: Saya sudah berumur dan mempunyai anak. Saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan kerjaya / perniagaan ini oleh kerana menolong isteri saya menjaga anak-anak dan sebagainya.

Jawapan: Kerjaya / perniagaan ini amat sesuai untuk semua golongan lapisan masyarakat dan tidak memerlukan masa yang baru untuk melaksanakanya. Kerjaya / perniagaan ini telah lama kita lakukan dari generasi ke generasi. Mengguna barangan keperluan asas tidak mengenal umur atau jantina seseorang itu. Oleh sebab itu ianya amat sesuai untuk semua orang. Kita hanya perlu tukar jenama sahaja dan kita berpeluang menghasilkan pendapatan melalui perbelanjaan kita tadi.

Soalan: Apakah kerjaya / perniagaan ini sesuai untuk golongan professional atau yang mempunyai kelulusan tinggi?

Jawapan: Kerjaya / perniagaan ini tidak mengira latar-belakang seseorang. Yang pasti anda juga berbelanja untuk mendapatkan barangan keperluan asas selagi anda memerlukannya.

Soalan: Saya suka menggunakan jenama-jenama yang 'branded' dan terkenal. Adakah jenama CNI 'branded' dan terkenal?

Jawapan: Jenama CNI sememangnya bermutu dan berkualiti tinggi. Contohnya Kopi CNI telah memenangi anugerah yang pertama semasa pertandingan kopi sedunia di Amerika Syarikat pada tahun 1998. Jenama produk CNI bukan saja terkenal di Malaysia malah di luar negara seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Hong Kong, India dan Amerika Syarikat. Disamping itu produk CNI juga mengutamakan kesihatan.

Soalan: Saya tidak berminat dengan kerjaya / perniagaan ini.

Jawapan: Persoalannya bukan kerana anda berminat atau tidak tetapi adakah anda seorang PENGGUNA atau tidak. Menggunakan barangan keperluan asas bukanlah kerana minat tetapi adalah kerana keperluan di dalam kehidupan kita dan tiada paksaan. Dengan hanya menukarkan jenama barangan keperluan asas yang sentiasa kita gunakan akan memberi kita pulangan dalam bentuk wang ringgit.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home